Penyiaran Tokyo 2020 Paralympic Games

Astro Arena HD bertanggungjawab untuk menyiarkan acara Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 di Malaysia.[13]

Di Singapura pula, beberapa acara yang dipilih disiarkan secara langsung di Channel 5 manakala acara yang lain pula disiarkan di platform digital meWATCH. Acara kemuncak yang terpilih juga disiarkan di saluran Youtube Mediacorp.[14]

Channel 4 akan kekal sebagai penyiar rasmi Sukan Paralimpik bagi negara UK. Mereka telah menyiarkan sebuah iklan promosi yang bertajuk "Super. Human" yang menerangkan realiti kehidupan atlet Paralimpik dan pengorbanan yang dibuat oleh mereka demi mencapai impian Paralimpik mereka. Acara Sukan Paralimpik akan mendapat liputan televisyen sebanyak 300 jam di saluran percuma Channel 4, 1,200 jam di platform pengstrimannya, More4, serta program acara kemuncak pada waktu petang dan slot yang tersendiri dalam rancangan The Last Leg.[15][16]

Buat kali yang pertama, NBCUniversal akan menyiarkan liputan Sukan Paralimpik selama 1,200 jam di platformnya. NBC telah dikutuk oleh orang ramai semasa edisi-edisi Sukan Paralimpik yang lepas kerana menyiarkan liputan Sukan Paralimpik yang sangat kurang berbanding dengan Sukan Olimpik (NBC tidak menyiarkan sebarang acara Sukan Paralimpik secara langsung semasa 2012).[17][18]